Oleh : Nurul Izyan bt Lazam
Al-Qur’an memiliki keistimewaan-keistimewaan yang membezakannya dengan kitab-kitab sebelumnya. Di antara keistimewaannya ialah :
Pertama : Lafaz al-Qur’an dan maknanya adalah dari Allah. Tugas Rasulullah s.a.w hanyalah menyampaikannya kepada umat manusia. Lafaznya berbahasa Arab. Allah berfirman yang maksudnya :
Sesungguhnya kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya). (Az Zukhruf:3)
Kedua : Al-Qur’an merupakan kitab yang syamil yang merangkumi seluruh ajaran Tuhan yang ada pada kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya termasuk Taurat, Injil, dan Zabur. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Dan kami Telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang Telah datang kepadamu. untuk tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang ( Al Maidah:48)
Ketiga : Al-Qur’an terjamin dari sebarang pindaan atau tokok tambah dan pengurangan kerana Allah sendiri menjamin kebenarannya. Firman Allah yang maksudnya :
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya. ( Al Hijr:9)
Keempat : Al-Qur’an itu suatu mukjizat, ertinya semua manusia lemah dan tidak mampu untuk mendatangkan sepertinya walaupun mereka dibantu oleh golongan jin sekalipun, mereka tidak mampu menciptanya hatta sebaris ayat pun. Firman Allah yang bermaksud :
Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain".
( Al Isra’:88)
Kelima : Al-Quran merupakan kitab sepanjang zaman, bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertentu. Ini bermakna bahawa Al-Quran merupakan kitab yang kekal abadi hingga hari Qiamat. Oleh itu, tidak harus kaum muslimin mengatakan bahawa Al-Quran itu sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman para sahabat dan tidak sesuai lagi pada zaman moden.
Keenam : Al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.
(Al Qamar :17)
Penurunan al-Quran merupakan nikmat yang terbesar dikurniakan Allah kepada umat Islam. Justeru itu, al-Qur’an sengaja diturunkan oleh Allah dengan suatu gaya bahasa yang istimewa, indah, mudah, tidak sukar bagi sesiapa pun untuk memahaminya dan tidak sukar pula untuk mengamalkannya, selagi mana ia disertai dengan keikhlasan hati dan keinginan yang kuat untuk mendalaminya. Al-Quran tetap kekal hingga ke hari kiamat dan manusia wajib mengikutinya. Di sebabkan itu, ia dianggap sebagai sumber pertama dalam perundangan Islam. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan membuktikannya melalui taat kepada segala perintah al-Quran dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya.
al-quran bukan sekadar untuk dibaca,kemudian khatam dan buat majlis khatam quran.
ReplyDeletetapi hakikat sebenarnya al-quran adalah untuk dikaji dan difahami untuk dijadikan pedoman hidup.. pelbagai penyelesaian berkaitan kehidupan dinyatakan di dalam al-quran.
juga byk peristiwa2 dan sejarah kaum terdahulu yang boleh dijadikan iktibar untuk memperbaiki kehidupan kita pada hari ini dengan harapan agar kita tidak terpesong dari jalanNya dan tidak menjadi sebahagian daripada golongan kaum2 terdahulu yang dimurkai.
moga-moga al-quran akan menjadi teman dan penyuluh kubur kita kelak. insyaALLAH. :)
info yang sangat bermanafaat kepada sahabat2 sekalian..al-quran adalah kitab ALLAH S.W.T merupakan petunjuk yang hakiki meliputi seluruh kehidupan manusia seperti muamalat,munakahat,siasah dan sebagainya....setuju dengan pendapat 'reenkyra' dimana al-quran bukan satu kitab yang untuk dibaca sahaja tetapi merupakan satu petunjuk kepada sekalian manusia untuk mengkaji tentang keseluruhan ayat-ayat al-quran tersebut dimana segala peristiwa yang sudah berlaku,semasa dan akan berlaku tercatat dalam al-quran tersebut sebagai satu pengajaran dan ingatan yang berguna kepada manusia....semoga dengan info ini sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan keteguhan dan dan keyakinan kita kepada ayat-ayat al-quran.. marilah kita sama-sama berusaha menghidupkan NUR al-quran dalam diri masing-masing sehinggakan dapat memberi kebaikan kepada orang lain.InsyaALLAH
ReplyDelete'Oleh itu, tidak harus kaum muslimin mengatakan bahawa Al-Quran itu sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman para sahabat dan tidak sesuai lagi pada zaman moden.'...em,hukum menganggap Quran hanya sesuai pd pd zaman2 tertentu shj haram..bukan harus..lain kali hati2 yek..yang lain dh baik..nak lagi baik guna ayat sdri,nampak cam copy jek..haha..pape pon,gud luck..mudah2an wadah ini dapat digunakan sebaik2nya,sebagai panduan kita dan saudara2 yang lain..(^_^)
ReplyDeleteal-Quran adalah anugerah teragung dari Dia Yang Maha Hebat. Datangnya membawa nur di alam semesta. Hebatnya al-Quran kerana hadirnya sebagai panduan dan pedoman untuk umat Islam. Hal ini menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada umat NAbi Muhammad dengan menganugerahkan mushafNya sebagai wasilah untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Mendengar ayat Al-quran juga dapat menenangkan hati-hati yang resah apatah lagi yang mentadabburinya.
ReplyDeleteallhamdulillah..tma kasih atas perkongsian y amat bernilai ni... diantara 3amalan xkan terputus apabila sudah mati ialah ilmu y bermanfaat dan di manfaatkn oleh org lain...
ReplyDelete"sampaikan sesuatu ilmu walaupun 1 ayat"..
sesungguhnya ala-Quran adalah mukijizat palaing berharga wat kita sebagai ummat islam...marilah sama-sama kita menjaganya dengan membaca dan mengamalkan pe y terkandung dlm ayatnay...insyalllah...
yup... sememangnya penurunan al-quran merupakan suatu rahmat besar dari Allah S.W.T dan hikmat penurunannya juga tidak dapat disangkal...
ReplyDeleteilmu-ilmu yang dikupas oleh al-quran sebenarnya amat mendalam tetapi maha bijaksana Allah kerana menzahirkan kalam itu dengan bahasa yang begitu mudah untuk difahami walaupun oleh manusia yang tidak berpelajaran..
terima kasih atas perkongsian yang menambahkan ilmu saya :)
izyan,
ReplyDeleteoverall artikel ni ok dah.setuju dengan komen sebelum ni.bukan 'tidak harus' bahkan haram.
[Oleh itu, tidak harus kaum muslimin mengatakan bahawa Al-Quran itu sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman para sahabat dan tidak sesuai lagi pada zaman moden]
cuma kalau boleh tambah untuk setiap poin contoh yang lebih konkrit.antaranya :
1.Al Quran terpelihara : bukti bhwa ALLAH menjaga proses menulis dan membukukan AL QURAN dan sehingga kini AL Quran masih terpelihara tanpa sebarang penyelewengan.
1.Al Quran sesuai sepanjang zaman : apa contoh ajaran Al Quran yg mmg terbukti dulu,kini selamanya diamalkan oleh umat Islam
2.Al Quran mudah difahami : bbrp contoh ayat Quran dan apa mafhum dr ayat.
kak jumpa e-book ttg mukjizat saintifik Al Quran,mungkin ble bantu..
http://www.freekoran.org/resources/SATU+PANDUAN+RINGKAS+BERILUSTRASI++UNTUK+MEMAHAMI+ISLAM+Edisi+Kedua+$28Malaysian$29.pdf
ok,apapun nice job izyan ! :)
satu maklumat yang menarik untuk kita lebih menghayati al quran.....
ReplyDeleteAlquran adalah mukjizat teragung Allah kpd nabi Muhammad s.a.w..sama2 lah kita menghayati dan mengamalkan setiap ayat dari alquran.
ReplyDelete